Friday, May 27, 2011

Kursus yang disediakan

KURSUS BEKAM SUNNAH - RM280 seorang

- Menyediakan kursus Bekam Sunnah,teori dan praktikal bekam angin dan bekam darah.
- Terbuka kepada semua yang berminat untuk mendalami ilmu bekam ini untuk rawatan diri sendiri,keluarga dan masyarakat setempat.
- Waktu kursus setiap hari
- Yuran termasuk 2 kotak set bekam (12 cups),pen bekam & jarum,buku panduan bekam  lengkap dan sijil penyertaan.
- Penyertaan adalah terhad untuk setiap sessi.


KURSUS URUT TRADISIONAL -  RM250 seorang

- Menyediakan kursus urut tradisional
- Teori dan praktikal sampai pandai.
- Terbuka untuk lelaki sahaja tidak mengira usia.
- Waktu kursus setiap hari.
- Yuran termasuk nota dan Sijil Penyertaan
- Penyertaan adalah terhad untuk setiap sessi


KURSUS ASAS SENAMAN TUA 

- Untuk kumpulan atau persendirian
- Boleh diadakan di tempat sendiri
- Jangkamasa 1 - 3 bulan (atas permintaan peserta)
- Nota dan Sijil penyertaan akan diberi 


Pembayaran yuran hendaklah dimasukkan ke

Akaun:             MAYBANK 
No Akaun:       164016062476 
Nama Akaun:  AZUAN BIN MOHD SHARIFF 

Tempahan dan pembayaran mesti dilakukan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh kursus untuk proses pendaftaran dan penyediaan nota. Sila sms butiran pembayaran ke  013 3666 005 atau email ke azuan.mshariff@senamantua.org

Tuesday, May 17, 2011

Soalan lazim mengenai bekam

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.

3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Waktu mustajab ialah sebelah pagi dimana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tariknya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
Individu yang dilarang ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam.