Alhamdulillah, semalam 11hb Mac 2012, saya telah tamat kursus lanjutan Color Vibration Therapy (CVTEC) dibawah kendalian Professor Emeritus Dr Sir NorhishamWahab. Ini melayakkan saya untuk menjadi Pengamal Bertauliah yang boleh merawat diri sendiri, keluarga dan juga membantu masyarakat yang memerlukan khidmat kesihatan secara alternatif dan komplementari. Kursus Asas CVT telah saya ikuti pada 18hb Febuari 2012 yang lepas.

Amat menarik melihat dari perspektif perubatan alternatif walaupun pengajiannya tidak serumit dan setaraf seorang doktor tetapi apabila kita faham dan mahir dalam mendiagnos, mengenali warna tubuh badan, serta warna diri insyaAllah kita mampu menjadi doktor untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Mudahnya apabila CVT juga telah menyediakan formula-formula (dalam bentuk sukros) dalam menyelesaikan permasalahan dalam tubuh badan kita.
Pihak CVT juga sedang bekerjasama dengan Allianze University College of Medical Science untuk menyediakan pengajian CVT peringkat Diploma dan Ijazah. Dan ianya akan diteruskan ke peringakt PhD. Difahamkan bahawa Universiti ini juga akan menyediakan hospital dengan kapasiti 500 katil dimana tumpuan hanya kepada Perubatan TCM (Traditional & Complementary Medical) sahaja. Satu perkembangan yang baik dan kita nantikan kewujudannya.
Jika anda memerlukan satu sesi diagnos dan perbincangan mengenai simptom genetik dan bagaimana mengatasinya melalui kaedah CVT boleh lah buat temujanji dengan sms 013 3666005 atau email azuan.mshariff@senamantua.org. InsyaAllah saya akan cuba ikhtiar sedaya upaya dalam menangani masalah anda.
No comments:
Post a Comment