Friday, April 1, 2011

Teknik refleksologi

Ada beberapa teknik dalam mengurut dan salah satunya adalah kaedah refleksologi.Kali ini ada satu teknik refleksologi yang saya hendak kongsi bersama...


Thursday, March 31, 2011

Teknik urutan payu dara atau buah dada


Para suami perlu mengetahui teknik yang terbaik (walaupun dah biasa melakukannya) tetapi ada juga yang tidak tahu atau tak nak ambil tahu (ego). Di sini saya kongsikan sedikit tips untuk para suami.
1. Sapu minyak atau krim pada tangan dahulu, diikuti dengan sapuan pada payu dara pasangan anda. Sapukan sedikit pada kedua-dua belah payu dara.
2. Pastikan sapuan dilakukan pada bahagian bawah dahulu dan perlahan-lahan naik ke atas menghampiri puting payu dara pasangan anda.
3. Elakkan minyak atau krim terkena puting buah dada.
4. Setelah minyak atau krim meliputi payu dara pasangan anda, mulakan urutan pada payu dara kanan dahulu.
5. Tekan jari perlahan-lahan pada buah dada dengan gerakan ke atas sehingga menghampiri puting buah dada .
6. JANGAN GELOJOH.
7. Ulangi sehingga 3 atau 5 kali kemudian beralih kepada buah dada sebelah kiri.
8. Lakukan selingan antara buah dada kanan dan kiri berulang-ulang kali.
9. Lakukan urutan serentak pada kedua-dua buah dada dengan menggunakan teknik tadi.
10. Setelah memastikan pasangan anda teransang (puting buah dadanya sudah keras atau pun naik ke atas), sentuh kedua-dua tangan dan pekup payu dara bahagian bawah pasangan anda.
11. Urut dengan putaran mengikut arah jam dengan gerakan menaik ke arah puting.
12. Pastikan anda tidak menyentuh puting buah dada pasangan anda.
13. JANGAN GELOJOH.
14. Ulangi langkah-langkah ini sehingga pasangan anda benar-benar terangsang.

Saturday, March 26, 2011

Fliers & Poster

Dalam kesibukan tugasan sempat juga sediakan fliers atau poster untuk dipromosikan samada dalam facebook dan juga edaran luar. Ada komen?


Tuesday, March 15, 2011

Rawatan Bekam Kaedah Moden Mengikut Standard KKM


1.Menggunakan cup(bekas bekam) lutsinar yang dicuci dengan antiseptik dan disteril (mesin pembunuh kuman)

2.Menggunakan lancet (jarum) pakai buang (untuk seorang pesakit sahaja)

3.Menggunakan sarung tangan.

4.Darah dikumpul dan lap dengan tisu lembut kemudian dikumpul dlm bekas plastik.

5.Pesakit hendaklah menanam sisa darah bekam mereka sendiri.

6.Juru bekam muslimah untuk kaum wanita.

7.Tidak sakit dan tidak berparut.


Thursday, January 13, 2011

Titik bekam dan Bekam Basah


Ada 2 titik lagi yang berada di bahagian betis. Sila lihat carta dibawah.




Bekam Basah (Wet Cupping)
Iaitu kaedah pengeluaran darah kotor (blood letting) dengan cara disayat dengan silet, lanset, pisau bedah atau jarum steril pada kawasan yang dibekam.

Cara Melakukan Bekam Basah :
  1. Pilih titik bekam berdasarkan keadaan pesakit.
  2. Pilih gelas bekam (cup) berdasarkan keadaan penyakit pesakit dan postur tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tingkat rasa sakit akan semakin besar, namun efeknya akan semakin baik.
  3. Bersihkan kawasan kulit yang akan dibekam dengan dinyahkuman/alkohol.
  4. Pam gelas bekam dengan piston pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan, atau sampai piston tidak dapat ditarik lagi.
  5. Biarkan selama 3-5 minit.
  6. Lepas kan udara cawan bekam dan sayat kawasan bekas bekam dengan silet, lanset, pisau bedah atau jarum steril.
  7. Bekam lagi posisi yang disayat tadi.
  8. Tunggu selama lebih kurang 3 minit sampai darah keluar dan menumpuk pada gelas bekam.
  9. Lepas kan udara cawan bekam dan buang darah kotor yang keluar, bersihkan kembali gelas bekam dan desinfeksi.
  10. Bekam lagi sebanyak 3-5 kali, atau sampai keluar cairan putih dari kulit.
  11. Sapu bekas sayatan dan bekam dengan minyak but-but atau habbatus sauda’ (jintan hitam).
  12. Lakukan setiap bulan atau setiap 2 minggu bagi yang penyakitnya parah.

Saturday, January 8, 2011

Peralatan untuk berbekam dan rawatan

Ini adalah sebahagian peralatan yang diperlukan untuk berbekam. Sterilizer (yang macam microwave) amat penting bagi memastikan segala kelengkapan berkaitan bekam (cup dan pen) berada di tahap kebersihan yang tinggi.

Selalunya sebelum berbekam, pastikan pesakit mendapat diagnos dahulu dengan mengambil bacaan tekanan darah, bacaan gula dalam darah dan diagnos tapak tangan. InsyaAllah, selepas ini dan sekiranya saya dah berkursus mengenai iridiologi (mata) maka saya akan jadikannya sebagai salah satu diagnos juga.

'Portable bag' (sebelah kanan warna biru) selalunya dibawa ketempat kerja atau 'outstation' .

Bagi yang berminat untuk berbekam, mengurut dan kiropraktik (pembetulan tulang belakang) sila hubungi saya di 013 3666 005 atau email azuan.mshariff@senamantua.org