Friday, June 24, 2011

Foot Detox

Satu lagi cara untuk membuang toksik dalam badan adalah menggunakan 'foot detox'. Dengan cara ini, ianya dapat membuktikan tahap toksik dalam badan;

1. Warna perang kegelapan - tanda toksik dalam badan
2. Warna hitam bergumpal - tanda karbon dalam badan
3. Warna kehijauan - tanda masalah hempedu/hati
4. Berbuih-buih - tanda angin dalam badan

   

                  3 minit pertama                                  5 minit kemudian
       
                   10 minit                                              20 minit

                   40 minit                    

Marilah datang untuk mencuba, baik untuk seisi keluarga. Hubungi kami untuk temujanji - Anda pasti terkejut dengan apa yang keluar dari badan anda 

Saturday, June 11, 2011

Tarikh sesuai berbekam Jun 2011

InsyaAllah pada 19,21 dan 23 Jun ini adalah tarikh yang amat sesuai untuk berbekam sunnah. Hubungi kami untuk berbekam pada tarikh-tarikh tersebut.


Kelebihan berbekam 


- Membantu hindari sihir,bisa santau dan racun.
- Membantu menghilangkan pening dan migrain.
- Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
- Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
- Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
- Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
- Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
- Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
- Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.


- Mampu menghindari 93 jenis penyakit klinikal.

Thursday, June 9, 2011

Pembekam Wanita

gambar hiasan sahaja

Berita baik bagi wanita-wanita disekitar Lembah Klang terutama di Shah Alam, kami telah ada pembekam wanita yang terlatih. Selain bekam perkhidmatan 'facial' serta urut tradisional bagi wanita juga disediakan. Jom   ke Santai untuk merasai sendiri perkhidmatan kami - Kesembuhan dari ALLAH jua, kami ikhtiarkan untuk anda!

Bagi mereka yang berminat untuk mempelajari Bekam Al Hijamah, kami juga menyediakan KURSUS BEKAM. Sila hubungi Azuan 013 3666 005 atau Nai 012-941 6059.




Bersama-sama menghidupkan kembali salah satu sunnah Nabi. Pelajari Bekam Al-Hijamah untuk kebaikan dan kesihatan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Friday, May 27, 2011

Kursus yang disediakan

KURSUS BEKAM SUNNAH - RM280 seorang

- Menyediakan kursus Bekam Sunnah,teori dan praktikal bekam angin dan bekam darah.
- Terbuka kepada semua yang berminat untuk mendalami ilmu bekam ini untuk rawatan diri sendiri,keluarga dan masyarakat setempat.
- Waktu kursus setiap hari
- Yuran termasuk 2 kotak set bekam (12 cups),pen bekam & jarum,buku panduan bekam  lengkap dan sijil penyertaan.
- Penyertaan adalah terhad untuk setiap sessi.


KURSUS URUT TRADISIONAL -  RM250 seorang

- Menyediakan kursus urut tradisional
- Teori dan praktikal sampai pandai.
- Terbuka untuk lelaki sahaja tidak mengira usia.
- Waktu kursus setiap hari.
- Yuran termasuk nota dan Sijil Penyertaan
- Penyertaan adalah terhad untuk setiap sessi


KURSUS ASAS SENAMAN TUA 

- Untuk kumpulan atau persendirian
- Boleh diadakan di tempat sendiri
- Jangkamasa 1 - 3 bulan (atas permintaan peserta)
- Nota dan Sijil penyertaan akan diberi 


Pembayaran yuran hendaklah dimasukkan ke

Akaun:             MAYBANK 
No Akaun:       164016062476 
Nama Akaun:  AZUAN BIN MOHD SHARIFF 

Tempahan dan pembayaran mesti dilakukan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh kursus untuk proses pendaftaran dan penyediaan nota. Sila sms butiran pembayaran ke  013 3666 005 atau email ke azuan.mshariff@senamantua.org

Tuesday, May 17, 2011

Soalan lazim mengenai bekam

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.

3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Waktu mustajab ialah sebelah pagi dimana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tariknya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
Individu yang dilarang ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam.

Sunday, April 3, 2011

Contoh Urutan batin DIY

Pelbagai urutan batin ada di internet dan sekiranya anda pernah membeli minyak urutan (minyak lintah,minyak belacak dan sewaktu dengannya) selalunya ada diberi gambar-gambar mengurut secara DIY.


Kali ini saya kongsikan teknik-teknik tersebut untuk rujukan pembaca. Walaubagaimanapun tidak akan dipaparkan didalam blog ini tetapi boleh klik URUT BATIN DIY untuk mendapatkan cara-cara urutan batin  tersebut. Maklumlah nanti ada yang 'segan' pulak nak lawat blog ini :)


Perlu ambil perhatian bahawa penggunaan minyak yang sesuai juga perlu untuk memaksimumkan keberkesanan urutan tersebut.


Didalam HPA Minyak But-But sesuai dalam urutan batin kerana bersifat sejuk diluar dan panas didalam. Minyak Ikan Belacak dan juga Minyak Lintah agak popular dikalangan lelaki-lelaki yang sentiasa menjaga 'senjata' mereka - wallahu'alam.

Friday, April 1, 2011

Teknik refleksologi

Ada beberapa teknik dalam mengurut dan salah satunya adalah kaedah refleksologi.Kali ini ada satu teknik refleksologi yang saya hendak kongsi bersama...