Monday, March 5, 2012

Kempen Urut2U

Saya ingin mewar-warkan khidmat urut dan bekam ke rumah sekitar Shah Alam. Bagi di luar Shah Alam boleh dirunding dari segi GPS sebab saya ni kurang mahir bab 'direction'. Saya juga boleh mengajar mengurut dan bekam ke rumah mereka yang berminat.

Semalam sahaja 2 tempat saya bertandang, petang di Bukit Puteri Klang dan pada sebelah malamnya pula di Bukit Jelutong Shah Alam. Kalau berminat sila hubungi saya 013 3666005 untuk temujanji. Jangan lupa beri alamat penuh dan 'landmark' bagi mudah saya mencari lokasi anda.

Bagi yang berminat untuk mengetahui simptom penyakit melalui tarikh lahir dengan diagnos tepat sila SMS tarikh lahir  anda kepada saya, insyaAllah saya akan cuba memberi laporan mengenai permasalahan penyakit dan cara-cara merawat melalui kaedah Colour Vibration Therapy dan juga Formula NW.

Wednesday, November 9, 2011

Penawar Resdung


Warisan Mak Wan Sungai Bugis, Perlis. Mampu mengubati masalah resdung dan penyakit didalam perut.

Tempahan dibuka sehingga 16hb November 2011. Harga promosi RM10.00 sebotol. (tidak termasuk penghantaran) Kami juga menawarkan diskaun bagi pembelian 30 botol keatas. Penghantaran akan dilakukan selepas 16hb November 2011 dan juga selepas pembayaran dilakukan.


Sila hubungi Cikgu Azuan 013 3666005 atau email saudagar1432h@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.



Sunday, October 30, 2011

Stok lintah dah sampai


Tengah mengagihkan lintah-lintah kedalam bekas-bekas. Lintah perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 3 hari sekali untuk mengelakkan air menjadi kotor dan menjejaskan kebersihan dan kesihatan lintah.

 
Ketelitian dalam memasukkan lintah-lintah ini amat diperlukan agar lintah tidak mengigit tangan, tak pasal-pasal terus bekam lintah 'on the spot'.


Stok diterima sebanyak 100 ekor dan dibahagikan kepada 4 bekas. Air mineral diperlukan dalam bekas-bekas tersebut. Lintah ni kena pastikan 'berenang-renang' dalam air mineral, tak boleh air paip (?) mungkin disebabkan klorin kut..tak pernah cuba takut mati pula lintah.


Jadi pada yang berminat untuk mendapatkan rawatan bekam lintah boleh hubngi 013-3666005 untuk temujanji. Kepada yang mempunyai masalah Jantung dan Darah Tinggi / Stroke boleh cuba rawatan alternatif ini.

Friday, October 28, 2011

Kursus Urut Tradisional


Apa yang ada dalam kursus ini?

1. Amalan harian perawat
2. Teknik Asas Diagnos Tapak Tangan
3. Jadual Tekanan Darah mengikut umur
4. Contoh Rekod Rawatan
5. Point/Titik urutan
6. Teknik mengurut (Teori dan praktikal)
7. Urutan Sakit Kepala
8. Daerah penting tenaga batin/Urat Gagah dan kaedah urutan
9. Teknik Senaman Batin/Kaedah Senaman Melayu Tua
10. Pemakanan/Penyediaan herba
11. Kaifiyat urut zakar

Siapa yang perlu mengikuti kursus ini?

1. Pelajar IPTA/S yang berminat untuk mencari pendapatan sambilan
2. Mereka yang berminat untuk menambah pendapatan
3. Mereka yang ingin berkongsi* kaedah urutan

*Spa Santai tidak sesekali membezakan kaedah mengurut tetapi terbuka kepada kepelbagaian teknik mengurut untuk dikongsikan bersama. Hadir dengan niat untuk berkongsi ilmu bukan untuk membandingkannya.

Berapa maharnya?

Hanya RM250 seorang sahaja.
Jika bawa 5 orang percuma 1 orang peserta.

Dimana lokasi?

Apartment Seri Nuang 2
Bukit Bandaraya U11
40170 Shah Alam. SELANGOR
(Sila lawati blog untuk mengetahui lokasi) 

Bila tarikh dan masa kursus?

Setiap hari / 4-6 jam
(Sila sahkan kedatangan sehari sebelum tarikh kursus)

Bagaimana hendak hubungi kami?

Cikgu Azuan Mohd Shariff
Tel:    0133666005
email: saudagar1432h@gmail.com

SIJIL PENYERTAAN akan diberikan selepas selesai kursus.


Tuesday, September 6, 2011

Masalah Wanita

 

Masalah kewanitaan yang banyak dialami oleh wanita dewasa ini adalah rahim jatuh (prolapsus), keputihan, senggugut, fibroid dan endometrosis. Masalah wanita ini apabila berpanjangan akan menyebabkan terjadinya kanser rahim

Selain faktor-faktor tersebut ada beberapa kondisi yang menyebabkan seseorang wanita mudah diserang kanser;

* Datang bulan (haid) pada usia di bawah 10 tahun
* Berhenti haid pada usia diatas 50 tahun.
* Tidak melahirkan anak.
* Melahirkan anak pertama pada usia 35 tahun.
* Tidak menyusukan anak.
* Pernah menderita tumor kecil.
* Memiliki garis keturunan yang diserang kanser
* Penggunaan Pil kesuburan (hormon) .

Seseorang yang mengalami masalah kewanitaan biasanya pada telapak tangnnya terdapat tanda-tanda sebagai berikut :

* Jari kelingking meruncing/menirus menandakan masalah rahim /peranakan.
* Jari kelingking bengkok bagian atasnya saja menandakan rahim jatuh (prolapsus),            
   jika berkelanjutan akan mengarah pada permasalahan tumor.
* Jari kelingking bengkok, menandakan rendahnya kesuburan (kurang subur).

Simptom (gejala) dari masalah kewanitaan antara lain : keputihan, nyeri waktu haid, stress dalam jangka waktu lama, cepat lelah.

Kaedah membekam dibahagian belakang pinggang dapat mengurang masalah kesakitan semasa haid. 




sumber dari bekam-abuazzam.blogspot.com

Monday, August 15, 2011

Bekam tidak membatalkan puasa

 Oleh
Syaikh DR Muhammad Musa Alu Nashr


1. Dari seseorang, dia bercerita, "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

لاَيُفْطِرُ مَنْ قَاءَ أَوْ مَنِ احْتَلًمَ وَلاَ مَنِ احْتَجَمَ

"Tidak batal puasa orang yang muntah atau orang yang bermimpi (basah) dan tidak juga orang yang berbekam". [1]

2. Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu, dia bercerita, awal dimakruhkannya bekam bagi orang yang berpuasa adalah ketika Ja'far bin Abi Thalib berbekam sedang dia dalam keadaan berpuasa, lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika berpapasan dengannya, beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Kedua orang ini telah batal puasanya". Setelah itu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam memberikan keringan berbekam bagi orang yang berpuasa. Sementara Anas sendiri pun pernah berbekam ketika dia dalam keadaan berpuasa. [2]

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani mengatakan :
Ucapannya : "Bab Ayyatu Saa'atin Yahtajim (bab kapan waktu untuk berhijamah)". Dalam riwayat Al-Kasymihani. Yang dimaksud dengan sa'ah dalam terjemahan adalah waktu yang tidak terikat (umum), bukan waktu yang khusus dan diketahui setiap waktu.

Ucapannya : "Abu Musa pernah berbekam pada malam hari" telah dikemukakan di dalam kitab Ash-Shiyaam (puasa). Di dalamnya disebutkan bahwa penolakannya untuk berbekam pada siang hari karena puasa, sehingga puasanya tidak batal. Hal itu pula yang menjadi pendapat Imam Malik. Di mana dia memakruhkan bekam bagi orang yang berpuasa sehingga puasanya tidak batal. Alasannya juga bukan karena bekam akan membuat batalnya puasa seseorang

Pada pembahasan sebelumnya dalam hadis :

أَفْطَرَ الْحَا جِمُ وَالْمَحْجُوْمُ

"Telah batal puasa orang yang membekam dan yang dibekam". (*)

Mengenai waktu-waktu bekam yang tepat telah dimuat di dalam beberapa hadis yang bukan termasuk suatu syarat sama sekali. Seakan-akan dia mengisyaratkan bahawa bekam itu boleh dilakukan bila saja diperlukan dan tidak terikat waktu, kerana dia menyebutkan pernah berbekam pada malam hari. Dia menyebutkan hadis Ibnu Abbas bahwa Rasululullah SAW pernah berbekam sedang beliau dalam keadaan berpuasa. Itu menunjukkan bahwa proses pembekaman terjadi pada siang hari.

Menurut doktor, bekam yang paling baik dilakukan adalah pada jam dua atau jam tiga pagi. Tidak boleh dilakukan setelah bersama dengan pasangan (jima) atau aktiviti berat lainnya, dan tidak boleh terlalu kenyang. Sebelumnya telah disampaikan hadits penentuan waktu-waktu bekam, iaitu di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah secara marfum.

Di dalamnya disebutkan : "Maka berbekamlah atas kehendak Allah pada hari Kamis, dan berbekamlah pada hari Senin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu, Jum’at, Sabtu dan Ahad". Dia meriwayatkan melalui dua jalan yang lemah. Ia memiliki jalan ketiga yang juga dinilai dha’if menurut Ad-Darauthni di dalam kitab Al-Afraad. Diriwayatkan dengan sanad jayyid dari Ibnu Umar secara mauquf. Al-Khallal menukil dari Imam Ahmad bahawasanya dimakruhkan berbekam pada hari-hari tersebut, meskipun hadis tersebut tidak menyebut. Diceritakan bahawasanya ada seorang laki-laki berbekam pada hari Rabu, maka dia pun terkena penyakit kusta. [3]

[Disalin dari buku Manhajus Salaamah Fiimaa Waradaa Fil Hijaamah, Edisi Indonesia Bekam Cara Pengobatan Menurut Sunnah Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam, Penulis DR Muhammad Musa Alu Nashr, Penerjemah M Abdul Ghoffar E.M, Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafi’i]
________                                
Footnotes
[1]. Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2376), Ibnu Khuzaimah (no. 1973 dan 1975). Dan sanadnya dinilai hasan oleh Syaikh Al-Albani. Lihat kitab Shahiihul Jaami (no. 7619). Dan Takhriij Al-Misykaat (2015)
[2]. Diriwayatkan oleh Ad-Daraquthni (II/182), Al-Baihaqi (no. 8086), Ad-Daraquthni mengatakan : "Para rawinya secara keseluruhan tsiqah dan saya tidak mengetahui adanya cacat baginya". Di dalam kitab Fathul Baari, Ibnu Hajar mengatakan : "Perawinya secara keseluruhan merupakan perawi-perawi Imam Al-Bukhari".

(*). Penjelasan di hal. 100 (-admin)
Jumhur ulama memberikan jawaban atas hadits tersebut dan makna yang terkandung didalamnya, bahwa hal itu telah mansukh (dihapus) dengan dalil-dalil yang mereka jadikan hujjah, yang secara jelas menyatakan adanya nasakh (penghapusan), dan menafikan beberapa jalan Syaddad bin Aus, bahwa hal itu berlaku pada masa pembebasan kota Makkah tahun kedelapan. Sementara Ibnu Abbas menemani Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika berihram pada haji Wada tahun kesepuluh.

Dan telah diriwayatkan pula oleh Imam Muslim dari Ibnu Abbas : "Bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah berbekam sedang beliau tengah berihram dan berpuasa"

[3]. Fathul Baari (X/149)

Tuesday, July 19, 2011

Hirudoteraphy - Bekam Lintah

Alhamdulillah pada 10hb Julai lepas saya telah berjaya menjalani Kursus Bekam Lintah. Agak seram sejuk pada awalnya melihat lintah dan beberapa gambar kes kronik seperti Diabetes yang akhirnya tidak perlu menjalani pemotongan kaki yang berulat pada awalnya - SubahanaAllah!

Sijil Bekam Lintah 

Beratus pesakit yang mengalami masalah jantung awal dan kronik juga terhindar (Dengan izin Allah) pembedahan 'bypass' dengan hanya membekam lintah dititik meridien jantung di lidah. Dan sebagai syarat meluluskan untuk menjadi perawat Bekam Lintah kami diwajibkan untuk membekam dengan lintah di titik jantung tersebut.

Point jantung di lidah

Mengapa Lintah? Mungkin ada yang beranggapan ianya satu terapi yang kumo ataupun kotor tetapi ingatlah 'Tidak Allah jadi sesuatu itu sia-sia' dan kehadiran lintah di muka bumi ini sebenarnya adalah sesuatu yang terbaik dalam bidang kesihatan komplimentari.

Terapi ini telah diperkenalkan oleh Ibu Sina dalam bukunya 'The Canon of Medicine'. Ibnu Sina mengenalkan penggunaan lintah sebagai perawatan untuk penyakit kulit dan penyumbatan darah.Malah terapi ini telah berkembang 2500 tahun yang lalu di Mesir kuno. Dalam abad lebih maju ke 12 Masehi, Abd-el-latif telah menulis bahawa lintah digunakan ntuk membersihkan jaringan penyakit setelah pemebdahan dijalankan.

Canon of Medicine - Ibnu Sina

Di Eropah pada abad pertengahan telah menggunakan kaedah ini dan menjadi satu kaedah perawatan untuk golongan bangsawan, ini dibuktikan dari bekas-bekas penyimpanan lintah yang diperbuat dari porcelain bermutu tinggi dengan hiasan yang amat cantik.

 
Pelbagai bekas menyimpan lintah zaman Eropah

Kini terapi lintah telah jarang kedengaran terutama di Asia,malah makin pupus kerana mungkin atas faktor fizikal lintah dan juga kurangnya pendedahan mengenai kehebatan lintah itu sendiri.Walaubagaimanapun di Jerman, perubatan lintah ini bukan lagi dianggap sebagai komplimentari malah ianya juga telah digunapakai sebagai salah satu kaedah rawatan di klinik-klinik dan hospital moden.

Lintah mengeluarkan air liur yang mempunyai pelbagai zat iaitu hirudin yang bermanafaat untuk mencairkan darah dan mengandungi penisilin. Ianya mampu mencairkan darah beku di kepala/otak,saraf halus, saraf sensorik,saraf motorik,saraf telinga dan retina mata. Ianya juga mampu memperbaiki pembuluh/jaringan saraf halus yang cedera,rosak atau mati akibat kecederaan dan kemalangan.

Cubalah Terapi Lintah hari ini dan mulakan dengan titk jantung di lidah dan amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pengambilan Omega 3 dan minum minyak Zaitun juga membantu permasalahan jantung kronik. Hubungi kami segera!!