Wednesday, March 21, 2012

Saiz jarum untuk berbekam

gambar dari http://bulan-perak.blogspot.com

Ada yang pernah bertanya mengenai jenis jarum untuk berbekam, jadi disini saya tunjukkan 3 jenis yang boleh digunapakai dalam membekam pesakit. 21G adalah untuk mengeluarkan banyak darah sesuai digunakan dibahagian belakang badan dan juga bahagian yang kurang sensitif. 26G pula sesuai untuk dibahagian yang sensitif terutamanya dibahagian muka. Terpulanglah kepada tukang bekam dan juga pesakit untuk memilih mana yang sesuai. 

Tuesday, March 20, 2012

Gout dan kaedah bekam


Gout adalah penyakit (tenaga) yang disebabkan oleh  kelebihan kadar asid urik yang mana ianya akan akan berkumpul di sendi-sendi tulang dan membentuk kristal dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Gout terjadi dari hasil akibat proses metabolisme purin yang banyak terdapat pada makanan seperti sayur, buah, kacang-kacangan, daging, jeruk, dan ikan sardin. Kelebihan kadar asid urik ini akan menimbulkan gangguan pada tubuh badan.
Kadar Asid Urik Normal 
Lelaki :  3,5 – 7 mg/dl 
Wanita: 2,6 – 6 mg/dl.
Serangan gout boleh menyebabkan pembengkakan, kepanasan dan keperitan yang ketara hatta bila terkena kain ke bahagian tersebut ianya terasa seperti dihiris pisau.
Tahap Penyakit Gout
Pertama, serangan awal, biasanya akan hilang sendiri atau hilang dengan cara mengurut. Gout tidak akan menyerang dan ada masa menjangkau waktu yang agak lama sebelum serangan kedua berlaku.
Kedua, kekerapan diserang gout agak tinggi.
Ketiga, Benjolan-benjolan terjadi di sekitar sendi dan sentiasa sakit. 
Penyakit gout boleh menyebabkan kerosakan di buah pinggang dan juga akan menyerang pembuluh darah di jantung. 
Langkan pencegahan
1. Elak makan makanan seperti daging lembu, makanan laut, organ dalaman haiwan, alkohol, kekacang, bayam, asparagus,kacang buncis, kangkung. makanan berlemak dll
2. Banyak minum air putih sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari
3. Minum minyak zaitun 2 sudu makan setiap pagi
4. Amalkan minum teh misai kucing
5. Berbekam
 Untuk bekam pesakit perlu menjalani terapi bekam sekurang-kurangnya seminggu sekali sehingga masalah tersebut reda. Pengeluaran darah kotor ini akan memudahan kesembuhan. Walaubagaimanapun penjagaan makanan tetap diutamakan.


Sunday, March 11, 2012

Pengamal Colour Vibration Therapy (CVT)


Alhamdulillah, semalam 11hb Mac 2012, saya telah tamat kursus lanjutan Color Vibration Therapy (CVTEC) dibawah kendalian Professor Emeritus Dr Sir NorhishamWahab. Ini melayakkan saya untuk menjadi Pengamal Bertauliah yang boleh merawat diri sendiri, keluarga dan juga membantu masyarakat yang memerlukan khidmat kesihatan secara alternatif dan komplementari. Kursus Asas CVT telah saya ikuti pada 18hb Febuari 2012 yang lepas.

CVT memperkenalkan konsep 'A Doctor in the House' iaitu setiap ahli keluarga atau sekurang-kurangnya seorang dari ahli keluarga boleh merawat keluarga mereka menggunakan konsep 'Holistic Complementary Medical Approach' ini. CVT berkadar terus dengan konsep Sains Fizik dengan Al-Quran dan Sunnah, jadi segala kaedah perawatan dan formula juga telah dikaji secara ilmiah dan saintifik oleh Professor Emiritus Dr. Sir Norhisham Wahab agar selari dengan kehedak syariat. Mungkin ada beberapa teori dan penemuan bercanggah dengan apa yang perubatan moden (kebanyakan yang dipelopori Yahudi) jalani sekian lama tetapi setelah kita memahami peranan TULANG,OTAK, KELENJAR-KELENJAR, dan konsep GEMA dalam tubuh badan, insyaAllah baru kita akan sedar selama ini apa yang kita amalkan sebenarnya tidak selari dengan hukum tubuh badan itu sendiri. 

Amat menarik melihat dari perspektif perubatan alternatif walaupun pengajiannya tidak serumit dan setaraf  seorang doktor tetapi apabila kita faham dan mahir dalam mendiagnos, mengenali warna tubuh badan, serta warna diri insyaAllah kita mampu menjadi doktor untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Mudahnya apabila CVT juga telah menyediakan formula-formula (dalam bentuk sukros) dalam menyelesaikan permasalahan dalam tubuh badan kita.

Pihak CVT juga sedang bekerjasama dengan Allianze University College of Medical Science  untuk menyediakan pengajian CVT peringkat Diploma dan Ijazah. Dan ianya akan diteruskan ke peringakt PhD.  Difahamkan bahawa Universiti ini juga akan menyediakan hospital dengan kapasiti 500 katil dimana tumpuan hanya kepada Perubatan TCM (Traditional & Complementary Medical) sahaja. Satu perkembangan yang baik dan kita nantikan kewujudannya.

Jika anda memerlukan satu sesi diagnos dan perbincangan mengenai simptom genetik dan bagaimana mengatasinya melalui kaedah CVT boleh lah buat temujanji dengan sms 013 3666005 atau email azuan.mshariff@senamantua.org. InsyaAllah saya akan cuba ikhtiar sedaya upaya dalam menangani masalah anda. 

Thursday, March 8, 2012

Kaitan Air dan Garam dengan AIS

Air adalah ruang yang bergema dan amat baik untuk menjalankan terapi meningkatkan vital energi tubuh. Air adalah satu-satunya zat yang mampu berada dalam keadaan cecair,padat, mahuoun gas.Perubahan ini mampu mengubah sifat penyakit yang terbentuk menjadi energi yang perlu ditukar kepada bentuk semulajadi tubuh. Ais dapat menyerap gas berlebihan di dalam darah tubuh pesakit kerana gas akan terurai pada suhu kosong darjah celcius. Air dan Ais memiliki kemampuan unik untuk membentuk larutan sederhana bersama zat lain. Ais memiliki kepadatan yang jauh lebih rendah daripada air. Oleh itu, ais dapat mengeluarkan kembali kawasan radiasi yang berkepadatan tinggi.


Ais + Garam = Radiasi adalah cara bagaimana sebuah atom untuk membuang lebihan energi. Apabila kita terkena penyakit sebenarnya berlaku kepincangan akibat dari kemasukkan unsur energi luaran yang bersifat asid dan menguasai sifat tubuh tertentu dan menjadikan yang sakit bertambah stress dan sebagainya. Radiasi semulajadi yang paling besar yang telah dialami oleh seseorang itu dalam masa setahun berjumlah kira-kira 100 kali lebih besar daripada radiasi yang terjadi apabila terkena sinaran X semasa pemeriksaan dilakukan. Perjalanan radiasi boleh menyebabkan timbuk pelbagai penyakit dari yang kecil sehingga membawa maut.

Terapi ais adalah yang paling selamat kerana kebanyakan gelombang radio yang berfrekuensi asing dan diluar spektrum tidak dapat melewati air. Air adalah zat pengimbangan keperluan cecair dalam tubuh, menggunakan garam laut dalam terapi adalah kerana darah sama kentalnya dengan air laut. Menggunakan garam dapat membuang kalori lebih banyak di tubuh kerana sifat garam adalah pembakar lemak, kolestrol dan karbohidrat yang cekap dan efektif. Sesuai dijadikan terapi kelangsingan jika diamalkan secara berterusan.

Kalau sebelum ini ramai mengatakan ais tidak baik, fikirkan kembali...Ais mampu menguatkan gigi dan tulang. Amalkan mengigit ketulan ais untuk menguatkan gigi dan dan mandi ais pula untuk tulang anda! Minum air garam dengan ais yang dikacau lawan jam selepas bangun tidur sebelum anda mengosok gigi sebagai agen penstabilan dan pengimbangan bagi punca segala kelemahan dalam badan.

Kesihatan tulang hanya akan terjadi apabila suhu pada darah meningkat. Dengan menyejukkan suhu tulang menggunakan ais dapat mengatasi kesakitan seperti sengal-sengan, bisa,lenguh dan kebas. Setiap benda yang suhunya melebihi 45 darjah celcius, akan terasa sakit apabila bersentuh dengan kulit. Ais adalah medium yang palking baik untuk tujuan pertukaran,perpindahan dan peralihan tenaga (transfer energi), kerana penyakit adalah salah satu bentuk tenaga yang harus ditukarkan kepada keadaan asalnya. Cubalah sendiri dan rasailah sendiri. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya di saudagar1432h@gmail.com atau sms 013 3666005

Tuesday, March 6, 2012

Apakah WARNA anda?


Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan, ianya juga mempengaruhi karakter/peribadi seseorang. Selain warna, nombor dari tarikh lahir juga mampu mempengaruhi keperibadian seorang.

Pelbagai kaedah telah diperkenalkan oleh para-para motivasi terkenal dalam dan luar negara dalam menjelaskan teori ini. Saya tidak berminat untuk membuat perbandingan tetapi lebih untuk berkongsi sedikit pengetahuan dalam teori warna dan nombor yang telah perkenalkan oleh Prof Emeritus Sir Dr Norhisham Wahab.

Dalam hal ini juga saya tidak berminat hendak menceritakan mengenai karakter melalui warna dan nombor walaupun topik ini amat digemari ramai tetapi saya lebih menumpukan kepada penyakit dan simptom dan kaedah merawat. Inilah tujuan Rumah Sihat Santai - merawat punca penyakit bukan tempat sakitnya.

Sebagai contoh;

Nombor 1 adalah warna Merah, dan selalunya mereka yang bernombor 1 akan mempunyai masalah berkaitan dengan darah, seperti berlebihan/berkurangan hemaglobin/anemia, tekanan darah tidak normal/tinggi/rendah,kepekatan darah yang tidak normal, urat saraf betis membengkak, pendarahan dalaman, leukimia, sakit belikat/bahagian belakang, virus dalam darah / hepatitis B, pembekan darah (Hemufilia).

Selain dari darah Nombor 1 juga akan menghadapi masalah di usus besar yang mana akan menyebabkan sembelit,cirit-birit,usus sensitif,kekejangan,banyak gas dalam usus,pendarahan semasa buang air besar, buasir, sakit belakang kepala bahagian kanan, appendiks, cacing/muntah cacing/gatal didubur.

Dalam kaedah perawatan CVT (Color Vibration Therapy) formula yang perlu diambil adalah NW18 dan NW 19.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 013 3666005. Saya boleh memberi diagnos lengkap mengenai nombor diri anda serta simptom dan kaedah rawatan.

Monday, March 5, 2012

Kempen Urut2U

Saya ingin mewar-warkan khidmat urut dan bekam ke rumah sekitar Shah Alam. Bagi di luar Shah Alam boleh dirunding dari segi GPS sebab saya ni kurang mahir bab 'direction'. Saya juga boleh mengajar mengurut dan bekam ke rumah mereka yang berminat.

Semalam sahaja 2 tempat saya bertandang, petang di Bukit Puteri Klang dan pada sebelah malamnya pula di Bukit Jelutong Shah Alam. Kalau berminat sila hubungi saya 013 3666005 untuk temujanji. Jangan lupa beri alamat penuh dan 'landmark' bagi mudah saya mencari lokasi anda.

Bagi yang berminat untuk mengetahui simptom penyakit melalui tarikh lahir dengan diagnos tepat sila SMS tarikh lahir  anda kepada saya, insyaAllah saya akan cuba memberi laporan mengenai permasalahan penyakit dan cara-cara merawat melalui kaedah Colour Vibration Therapy dan juga Formula NW.

Wednesday, November 9, 2011

Penawar Resdung


Warisan Mak Wan Sungai Bugis, Perlis. Mampu mengubati masalah resdung dan penyakit didalam perut.

Tempahan dibuka sehingga 16hb November 2011. Harga promosi RM10.00 sebotol. (tidak termasuk penghantaran) Kami juga menawarkan diskaun bagi pembelian 30 botol keatas. Penghantaran akan dilakukan selepas 16hb November 2011 dan juga selepas pembayaran dilakukan.


Sila hubungi Cikgu Azuan 013 3666005 atau email saudagar1432h@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.