Wednesday, December 22, 2010

Anjuran Berbekam



Rasulullah S.A.W bersabda :
الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan kay (bakar dengan api). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan 'kay'.” (HR Bukhari)


Rasulullah S.A.W bersabda :
إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
Sesungguhnya kaedah perubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah(bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)

Wednesday, December 15, 2010

Alat bantuan mengurut/refleksologi


Pernah lihat alat ini? Bagi yang tidak tahu, ini adalah tanduk kerbau. Ianya digunakan sebagai alat membantu dalam refleksologi. Mengurut sebenarnya adalah satu ibadah yang amat memenatkan lebih-lebih lagi kalau satu badan (hahaha), boleh menitik peluh.

Ada yang badan agak besar dan keras, acapkali komen tak rasa apabila mengurut, dengan adanya tanduk kerbau ini baru mereka tahu penangan nya. Dari mengurut satu badan, lebih sesuai kalau gantikan dengan refleksologi dan kiropraktik. Dengan refleksologi mampu menguja saraf satu badan dan dengan rawatan kiropraktik pula akan menambah 'kesedapan' nya -percayalah!

Tuesday, December 7, 2010

Teknik Cakaran Harimau

Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah merupakan penulis buku-buku motivasi mengenai hubungan suami isteri ada menulis satu tajuk yang berjudul 'Cakar Harimau'. Di dalam buku tersebut ada dikongsi mengenai satu teknik mengurut yang dinamakan Cakar Harimau, menurutnya teknik ini mampu menaikkan kembali saat-saat romantik suami-isteri...jom cuba!



Langkah Pertama
Dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

Langkah Kedua
Mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan seterusnya

Langkah Ketiga
Dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.

Langkah Keempat & Langkah Kelima
Merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

Cakaran
Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,” jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Langkah Keenam
Dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Langkah Ketujuh
Sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

Langkah Kelapan
Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’ atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,” katanya.