Sunday, October 30, 2011

Stok lintah dah sampai


Tengah mengagihkan lintah-lintah kedalam bekas-bekas. Lintah perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 3 hari sekali untuk mengelakkan air menjadi kotor dan menjejaskan kebersihan dan kesihatan lintah.

 
Ketelitian dalam memasukkan lintah-lintah ini amat diperlukan agar lintah tidak mengigit tangan, tak pasal-pasal terus bekam lintah 'on the spot'.


Stok diterima sebanyak 100 ekor dan dibahagikan kepada 4 bekas. Air mineral diperlukan dalam bekas-bekas tersebut. Lintah ni kena pastikan 'berenang-renang' dalam air mineral, tak boleh air paip (?) mungkin disebabkan klorin kut..tak pernah cuba takut mati pula lintah.


Jadi pada yang berminat untuk mendapatkan rawatan bekam lintah boleh hubngi 013-3666005 untuk temujanji. Kepada yang mempunyai masalah Jantung dan Darah Tinggi / Stroke boleh cuba rawatan alternatif ini.

Friday, October 28, 2011

Kursus Urut Tradisional


Apa yang ada dalam kursus ini?

1. Amalan harian perawat
2. Teknik Asas Diagnos Tapak Tangan
3. Jadual Tekanan Darah mengikut umur
4. Contoh Rekod Rawatan
5. Point/Titik urutan
6. Teknik mengurut (Teori dan praktikal)
7. Urutan Sakit Kepala
8. Daerah penting tenaga batin/Urat Gagah dan kaedah urutan
9. Teknik Senaman Batin/Kaedah Senaman Melayu Tua
10. Pemakanan/Penyediaan herba
11. Kaifiyat urut zakar

Siapa yang perlu mengikuti kursus ini?

1. Pelajar IPTA/S yang berminat untuk mencari pendapatan sambilan
2. Mereka yang berminat untuk menambah pendapatan
3. Mereka yang ingin berkongsi* kaedah urutan

*Spa Santai tidak sesekali membezakan kaedah mengurut tetapi terbuka kepada kepelbagaian teknik mengurut untuk dikongsikan bersama. Hadir dengan niat untuk berkongsi ilmu bukan untuk membandingkannya.

Berapa maharnya?

Hanya RM250 seorang sahaja.
Jika bawa 5 orang percuma 1 orang peserta.

Dimana lokasi?

Apartment Seri Nuang 2
Bukit Bandaraya U11
40170 Shah Alam. SELANGOR
(Sila lawati blog untuk mengetahui lokasi) 

Bila tarikh dan masa kursus?

Setiap hari / 4-6 jam
(Sila sahkan kedatangan sehari sebelum tarikh kursus)

Bagaimana hendak hubungi kami?

Cikgu Azuan Mohd Shariff
Tel:    0133666005
email: saudagar1432h@gmail.com

SIJIL PENYERTAAN akan diberikan selepas selesai kursus.