Tuesday, July 19, 2011

Hirudoteraphy - Bekam Lintah

Alhamdulillah pada 10hb Julai lepas saya telah berjaya menjalani Kursus Bekam Lintah. Agak seram sejuk pada awalnya melihat lintah dan beberapa gambar kes kronik seperti Diabetes yang akhirnya tidak perlu menjalani pemotongan kaki yang berulat pada awalnya - SubahanaAllah!

Sijil Bekam Lintah 

Beratus pesakit yang mengalami masalah jantung awal dan kronik juga terhindar (Dengan izin Allah) pembedahan 'bypass' dengan hanya membekam lintah dititik meridien jantung di lidah. Dan sebagai syarat meluluskan untuk menjadi perawat Bekam Lintah kami diwajibkan untuk membekam dengan lintah di titik jantung tersebut.

Point jantung di lidah

Mengapa Lintah? Mungkin ada yang beranggapan ianya satu terapi yang kumo ataupun kotor tetapi ingatlah 'Tidak Allah jadi sesuatu itu sia-sia' dan kehadiran lintah di muka bumi ini sebenarnya adalah sesuatu yang terbaik dalam bidang kesihatan komplimentari.

Terapi ini telah diperkenalkan oleh Ibu Sina dalam bukunya 'The Canon of Medicine'. Ibnu Sina mengenalkan penggunaan lintah sebagai perawatan untuk penyakit kulit dan penyumbatan darah.Malah terapi ini telah berkembang 2500 tahun yang lalu di Mesir kuno. Dalam abad lebih maju ke 12 Masehi, Abd-el-latif telah menulis bahawa lintah digunakan ntuk membersihkan jaringan penyakit setelah pemebdahan dijalankan.

Canon of Medicine - Ibnu Sina

Di Eropah pada abad pertengahan telah menggunakan kaedah ini dan menjadi satu kaedah perawatan untuk golongan bangsawan, ini dibuktikan dari bekas-bekas penyimpanan lintah yang diperbuat dari porcelain bermutu tinggi dengan hiasan yang amat cantik.

 
Pelbagai bekas menyimpan lintah zaman Eropah

Kini terapi lintah telah jarang kedengaran terutama di Asia,malah makin pupus kerana mungkin atas faktor fizikal lintah dan juga kurangnya pendedahan mengenai kehebatan lintah itu sendiri.Walaubagaimanapun di Jerman, perubatan lintah ini bukan lagi dianggap sebagai komplimentari malah ianya juga telah digunapakai sebagai salah satu kaedah rawatan di klinik-klinik dan hospital moden.

Lintah mengeluarkan air liur yang mempunyai pelbagai zat iaitu hirudin yang bermanafaat untuk mencairkan darah dan mengandungi penisilin. Ianya mampu mencairkan darah beku di kepala/otak,saraf halus, saraf sensorik,saraf motorik,saraf telinga dan retina mata. Ianya juga mampu memperbaiki pembuluh/jaringan saraf halus yang cedera,rosak atau mati akibat kecederaan dan kemalangan.

Cubalah Terapi Lintah hari ini dan mulakan dengan titk jantung di lidah dan amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pengambilan Omega 3 dan minum minyak Zaitun juga membantu permasalahan jantung kronik. Hubungi kami segera!!

No comments:

Post a Comment