Thursday, January 13, 2011

Titik bekam dan Bekam Basah


Ada 2 titik lagi yang berada di bahagian betis. Sila lihat carta dibawah.




Bekam Basah (Wet Cupping)
Iaitu kaedah pengeluaran darah kotor (blood letting) dengan cara disayat dengan silet, lanset, pisau bedah atau jarum steril pada kawasan yang dibekam.

Cara Melakukan Bekam Basah :
  1. Pilih titik bekam berdasarkan keadaan pesakit.
  2. Pilih gelas bekam (cup) berdasarkan keadaan penyakit pesakit dan postur tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tingkat rasa sakit akan semakin besar, namun efeknya akan semakin baik.
  3. Bersihkan kawasan kulit yang akan dibekam dengan dinyahkuman/alkohol.
  4. Pam gelas bekam dengan piston pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan, atau sampai piston tidak dapat ditarik lagi.
  5. Biarkan selama 3-5 minit.
  6. Lepas kan udara cawan bekam dan sayat kawasan bekas bekam dengan silet, lanset, pisau bedah atau jarum steril.
  7. Bekam lagi posisi yang disayat tadi.
  8. Tunggu selama lebih kurang 3 minit sampai darah keluar dan menumpuk pada gelas bekam.
  9. Lepas kan udara cawan bekam dan buang darah kotor yang keluar, bersihkan kembali gelas bekam dan desinfeksi.
  10. Bekam lagi sebanyak 3-5 kali, atau sampai keluar cairan putih dari kulit.
  11. Sapu bekas sayatan dan bekam dengan minyak but-but atau habbatus sauda’ (jintan hitam).
  12. Lakukan setiap bulan atau setiap 2 minggu bagi yang penyakitnya parah.

Saturday, January 8, 2011

Peralatan untuk berbekam dan rawatan

Ini adalah sebahagian peralatan yang diperlukan untuk berbekam. Sterilizer (yang macam microwave) amat penting bagi memastikan segala kelengkapan berkaitan bekam (cup dan pen) berada di tahap kebersihan yang tinggi.

Selalunya sebelum berbekam, pastikan pesakit mendapat diagnos dahulu dengan mengambil bacaan tekanan darah, bacaan gula dalam darah dan diagnos tapak tangan. InsyaAllah, selepas ini dan sekiranya saya dah berkursus mengenai iridiologi (mata) maka saya akan jadikannya sebagai salah satu diagnos juga.

'Portable bag' (sebelah kanan warna biru) selalunya dibawa ketempat kerja atau 'outstation' .

Bagi yang berminat untuk berbekam, mengurut dan kiropraktik (pembetulan tulang belakang) sila hubungi saya di 013 3666 005 atau email azuan.mshariff@senamantua.org