Sunday, April 1, 2012

PEMBERITAHUAN


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamua'alaikum,

Mulai 1hb April 2012, saya ingin memaklumkan kepada semua rakan-rakan Rumah Sihat Santai bahawa harga bagi perkhidmatan dibawah adalah SEIKHLAS HATI

1. BEKAM SUNNAH
2. URUT MELAYU TRADISIONAL

Bagi diagnos Terapi Warna dan Tarikh Lahir maharnya adalah PERCUMA manakala formula/ubat bagi Terapi Warna (CVT) adalah mengikut harga yang telah pihak CVT tetapkan.

Ini kerana saya berpandangan (secara peribadi) adalah lebih baik mahar bagi perawatan mengikut kemampuan dan keikhlasan pesakit sendiri dalam merawat masalah kesihatan mereka. Saya sekadar 'jalan ikhtiar' membantu dalam proses pemulihan. Hanya ALLAH yang mampu menyembuh dan rezeki itu juga dari ALLAH.

Saya terima apa jua pemberian mahar samada besar atau kecil nilainya sekali pun bukan dalam bentuk tunai.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA!