Showing posts with label CVT. Show all posts
Showing posts with label CVT. Show all posts
Sunday, April 1, 2012
PEMBERITAHUAN
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamua'alaikum,
Mulai 1hb April 2012, saya ingin memaklumkan kepada semua rakan-rakan Rumah Sihat Santai bahawa harga bagi perkhidmatan dibawah adalah SEIKHLAS HATI
1. BEKAM SUNNAH
2. URUT MELAYU TRADISIONAL
Bagi diagnos Terapi Warna dan Tarikh Lahir maharnya adalah PERCUMA manakala formula/ubat bagi Terapi Warna (CVT) adalah mengikut harga yang telah pihak CVT tetapkan.
Ini kerana saya berpandangan (secara peribadi) adalah lebih baik mahar bagi perawatan mengikut kemampuan dan keikhlasan pesakit sendiri dalam merawat masalah kesihatan mereka. Saya sekadar 'jalan ikhtiar' membantu dalam proses pemulihan. Hanya ALLAH yang mampu menyembuh dan rezeki itu juga dari ALLAH.
Saya terima apa jua pemberian mahar samada besar atau kecil nilainya sekali pun bukan dalam bentuk tunai.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA!
Sunday, March 11, 2012
Pengamal Colour Vibration Therapy (CVT)
Alhamdulillah, semalam 11hb Mac 2012, saya telah tamat kursus lanjutan Color Vibration Therapy (CVTEC) dibawah kendalian Professor Emeritus Dr Sir NorhishamWahab. Ini melayakkan saya untuk menjadi Pengamal Bertauliah yang boleh merawat diri sendiri, keluarga dan juga membantu masyarakat yang memerlukan khidmat kesihatan secara alternatif dan komplementari. Kursus Asas CVT telah saya ikuti pada 18hb Febuari 2012 yang lepas.
CVT memperkenalkan konsep 'A Doctor in the House' iaitu setiap ahli keluarga atau sekurang-kurangnya seorang dari ahli keluarga boleh merawat keluarga mereka menggunakan konsep 'Holistic Complementary Medical Approach' ini. CVT berkadar terus dengan konsep Sains Fizik dengan Al-Quran dan Sunnah, jadi segala kaedah perawatan dan formula juga telah dikaji secara ilmiah dan saintifik oleh Professor Emiritus Dr. Sir Norhisham Wahab agar selari dengan kehedak syariat. Mungkin ada beberapa teori dan penemuan bercanggah dengan apa yang perubatan moden (kebanyakan yang dipelopori Yahudi) jalani sekian lama tetapi setelah kita memahami peranan TULANG,OTAK, KELENJAR-KELENJAR, dan konsep GEMA dalam tubuh badan, insyaAllah baru kita akan sedar selama ini apa yang kita amalkan sebenarnya tidak selari dengan hukum tubuh badan itu sendiri. Amat menarik melihat dari perspektif perubatan alternatif walaupun pengajiannya tidak serumit dan setaraf seorang doktor tetapi apabila kita faham dan mahir dalam mendiagnos, mengenali warna tubuh badan, serta warna diri insyaAllah kita mampu menjadi doktor untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Mudahnya apabila CVT juga telah menyediakan formula-formula (dalam bentuk sukros) dalam menyelesaikan permasalahan dalam tubuh badan kita.
Pihak CVT juga sedang bekerjasama dengan Allianze University College of Medical Science untuk menyediakan pengajian CVT peringkat Diploma dan Ijazah. Dan ianya akan diteruskan ke peringakt PhD. Difahamkan bahawa Universiti ini juga akan menyediakan hospital dengan kapasiti 500 katil dimana tumpuan hanya kepada Perubatan TCM (Traditional & Complementary Medical) sahaja. Satu perkembangan yang baik dan kita nantikan kewujudannya.
Jika anda memerlukan satu sesi diagnos dan perbincangan mengenai simptom genetik dan bagaimana mengatasinya melalui kaedah CVT boleh lah buat temujanji dengan sms 013 3666005 atau email azuan.mshariff@senamantua.org. InsyaAllah saya akan cuba ikhtiar sedaya upaya dalam menangani masalah anda.
Tuesday, March 6, 2012
Apakah WARNA anda?
Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan, ianya juga mempengaruhi karakter/peribadi seseorang. Selain warna, nombor dari tarikh lahir juga mampu mempengaruhi keperibadian seorang.
Pelbagai kaedah telah diperkenalkan oleh para-para motivasi terkenal dalam dan luar negara dalam menjelaskan teori ini. Saya tidak berminat untuk membuat perbandingan tetapi lebih untuk berkongsi sedikit pengetahuan dalam teori warna dan nombor yang telah perkenalkan oleh Prof Emeritus Sir Dr Norhisham Wahab.
Dalam hal ini juga saya tidak berminat hendak menceritakan mengenai karakter melalui warna dan nombor walaupun topik ini amat digemari ramai tetapi saya lebih menumpukan kepada penyakit dan simptom dan kaedah merawat. Inilah tujuan Rumah Sihat Santai - merawat punca penyakit bukan tempat sakitnya.
Sebagai contoh;
Nombor 1 adalah warna Merah, dan selalunya mereka yang bernombor 1 akan mempunyai masalah berkaitan dengan darah, seperti berlebihan/berkurangan hemaglobin/anemia, tekanan darah tidak normal/tinggi/rendah,kepekatan darah yang tidak normal, urat saraf betis membengkak, pendarahan dalaman, leukimia, sakit belikat/bahagian belakang, virus dalam darah / hepatitis B, pembekan darah (Hemufilia).
Selain dari darah Nombor 1 juga akan menghadapi masalah di usus besar yang mana akan menyebabkan sembelit,cirit-birit,usus sensitif,kekejangan,banyak gas dalam usus,pendarahan semasa buang air besar, buasir, sakit belakang kepala bahagian kanan, appendiks, cacing/muntah cacing/gatal didubur.
Dalam kaedah perawatan CVT (Color Vibration Therapy) formula yang perlu diambil adalah NW18 dan NW 19.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 013 3666005. Saya boleh memberi diagnos lengkap mengenai nombor diri anda serta simptom dan kaedah rawatan.
Monday, March 5, 2012
Kempen Urut2U
Saya ingin mewar-warkan khidmat urut dan bekam ke rumah sekitar Shah Alam. Bagi di luar Shah Alam boleh dirunding dari segi GPS sebab saya ni kurang mahir bab 'direction'. Saya juga boleh mengajar mengurut dan bekam ke rumah mereka yang berminat.Semalam sahaja 2 tempat saya bertandang, petang di Bukit Puteri Klang dan pada sebelah malamnya pula di Bukit Jelutong Shah Alam. Kalau berminat sila hubungi saya 013 3666005 untuk temujanji. Jangan lupa beri alamat penuh dan 'landmark' bagi mudah saya mencari lokasi anda.
Bagi yang berminat untuk mengetahui simptom penyakit melalui tarikh lahir dengan diagnos tepat sila SMS tarikh lahir anda kepada saya, insyaAllah saya akan cuba memberi laporan mengenai permasalahan penyakit dan cara-cara merawat melalui kaedah Colour Vibration Therapy dan juga Formula NW.
Subscribe to:
Posts (Atom)


