Thursday, September 5, 2013

Khidmat Urut dan Bekam

Kpd yg berhajat untuk mendapat khidmat Urut dan Bekam sekitar PJ dan Shah Alam sila contact Bro Nai:01128224665

Sunday, April 1, 2012

PEMBERITAHUAN


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamua'alaikum,

Mulai 1hb April 2012, saya ingin memaklumkan kepada semua rakan-rakan Rumah Sihat Santai bahawa harga bagi perkhidmatan dibawah adalah SEIKHLAS HATI

1. BEKAM SUNNAH
2. URUT MELAYU TRADISIONAL

Bagi diagnos Terapi Warna dan Tarikh Lahir maharnya adalah PERCUMA manakala formula/ubat bagi Terapi Warna (CVT) adalah mengikut harga yang telah pihak CVT tetapkan.

Ini kerana saya berpandangan (secara peribadi) adalah lebih baik mahar bagi perawatan mengikut kemampuan dan keikhlasan pesakit sendiri dalam merawat masalah kesihatan mereka. Saya sekadar 'jalan ikhtiar' membantu dalam proses pemulihan. Hanya ALLAH yang mampu menyembuh dan rezeki itu juga dari ALLAH.

Saya terima apa jua pemberian mahar samada besar atau kecil nilainya sekali pun bukan dalam bentuk tunai.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA!

Wednesday, March 28, 2012

Set Colon Cleansing HPA



Set colon cleansing merupakan sinergi yang sangat baik bagi menjaga kesihatan usus kita.Terdiri daripada sinergi 3 Herba iaitu Herba Spirulina, Herba Tuju Angin dan Herba Pelawas.

Herba Spirulina

 
Spirulina (Arthospira) adalah sejenis rumpai laut berwarna biru kehijauan dan telah dijadikan sebagai makanan kesihatan dan perawatan melalui penelitian dan kajian para ahli duniasejak puluhan tahunyang lalu. Sumber anti toksik yang tinggi sangat sesuai dijadikan amalan harian untuk masyarakat yang terdedah kepada makanan dan minuman yang mengandungi toksid, yang menurunkan imunisasi dan menyebabkan perbagai penyakit. Spirulina mudah diserap kedalam tubuh dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Kelebihan spirulina:

1.Bertindak sebagai anti virus
2.Menurunkan kadar kolesterol.
3.Menaikkan imunisasi badan.
4.Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam.
5.Beta karotin untuk menguatkan penglihatan.
6.Vitamin B12 membantu membentuk sel darah merah dan sum-sum.
7.Zat besi membantu menguatkan sel darah merah dan menguatkan pertahanan badan.
8.Mengatasi kelemahan tubuh badan.
9.Bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak suka makan sayur.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :Spirulina
Dos :1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam


Herba Pelawas

 
Produk  ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus.
·Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
·Pelawas bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas.
·Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan kerana itu Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.
·Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar.
·Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).
·Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Kandungan Bahan: Ipmea Reptans
Cara Pemakanan: Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.
Jumlah Kandungan: 75 kapsul per botol


Herba Tuju Angin

 
Kandungan herba utama dalam produk ini ialah Teras Teja Lawang  dan Akar Mengkudu Hutan disamping Halban dan Larak Hutan.

Khasiat Herba Tuju Angin:
1. Memperbaiki proses penghadaman dan juga melawaskan usus.
2. Mempercepatkan penyembuhan luka di dinding usus.
3. Apabila disinergikan dengan herba lain ia mampu menguatkan jantung (kardiotonik). Amat baik bagi mereka yang lemah jantung sekaligus mendatangkan kesan afrodisiak atau memulihkan tenaga batin.
4. Dapat mengatasi angin meroyan kalau disinergikan dengan herba lain.
5. Mengatasi perut kembung
6. Menghilangkan rheumatik
7. Mengatasi migrain
8. Mengatasi gastrik
9. Menghilangkan kesemutan(kebas) pada hujung jari
10. Meredakan sakit sendi
11. Hilang selera makan

Komposisi: 75 kapsul satu botol
Dos: 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam

Sumber dari kpa2u.blogspot.com

Wednesday, March 21, 2012

Saiz jarum untuk berbekam

gambar dari http://bulan-perak.blogspot.com

Ada yang pernah bertanya mengenai jenis jarum untuk berbekam, jadi disini saya tunjukkan 3 jenis yang boleh digunapakai dalam membekam pesakit. 21G adalah untuk mengeluarkan banyak darah sesuai digunakan dibahagian belakang badan dan juga bahagian yang kurang sensitif. 26G pula sesuai untuk dibahagian yang sensitif terutamanya dibahagian muka. Terpulanglah kepada tukang bekam dan juga pesakit untuk memilih mana yang sesuai. 

Tuesday, March 20, 2012

Gout dan kaedah bekam


Gout adalah penyakit (tenaga) yang disebabkan oleh  kelebihan kadar asid urik yang mana ianya akan akan berkumpul di sendi-sendi tulang dan membentuk kristal dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Gout terjadi dari hasil akibat proses metabolisme purin yang banyak terdapat pada makanan seperti sayur, buah, kacang-kacangan, daging, jeruk, dan ikan sardin. Kelebihan kadar asid urik ini akan menimbulkan gangguan pada tubuh badan.
Kadar Asid Urik Normal 
Lelaki :  3,5 – 7 mg/dl 
Wanita: 2,6 – 6 mg/dl.
Serangan gout boleh menyebabkan pembengkakan, kepanasan dan keperitan yang ketara hatta bila terkena kain ke bahagian tersebut ianya terasa seperti dihiris pisau.
Tahap Penyakit Gout
Pertama, serangan awal, biasanya akan hilang sendiri atau hilang dengan cara mengurut. Gout tidak akan menyerang dan ada masa menjangkau waktu yang agak lama sebelum serangan kedua berlaku.
Kedua, kekerapan diserang gout agak tinggi.
Ketiga, Benjolan-benjolan terjadi di sekitar sendi dan sentiasa sakit. 
Penyakit gout boleh menyebabkan kerosakan di buah pinggang dan juga akan menyerang pembuluh darah di jantung. 
Langkan pencegahan
1. Elak makan makanan seperti daging lembu, makanan laut, organ dalaman haiwan, alkohol, kekacang, bayam, asparagus,kacang buncis, kangkung. makanan berlemak dll
2. Banyak minum air putih sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari
3. Minum minyak zaitun 2 sudu makan setiap pagi
4. Amalkan minum teh misai kucing
5. Berbekam
 Untuk bekam pesakit perlu menjalani terapi bekam sekurang-kurangnya seminggu sekali sehingga masalah tersebut reda. Pengeluaran darah kotor ini akan memudahan kesembuhan. Walaubagaimanapun penjagaan makanan tetap diutamakan.


Sunday, March 11, 2012

Pengamal Colour Vibration Therapy (CVT)


Alhamdulillah, semalam 11hb Mac 2012, saya telah tamat kursus lanjutan Color Vibration Therapy (CVTEC) dibawah kendalian Professor Emeritus Dr Sir NorhishamWahab. Ini melayakkan saya untuk menjadi Pengamal Bertauliah yang boleh merawat diri sendiri, keluarga dan juga membantu masyarakat yang memerlukan khidmat kesihatan secara alternatif dan komplementari. Kursus Asas CVT telah saya ikuti pada 18hb Febuari 2012 yang lepas.

CVT memperkenalkan konsep 'A Doctor in the House' iaitu setiap ahli keluarga atau sekurang-kurangnya seorang dari ahli keluarga boleh merawat keluarga mereka menggunakan konsep 'Holistic Complementary Medical Approach' ini. CVT berkadar terus dengan konsep Sains Fizik dengan Al-Quran dan Sunnah, jadi segala kaedah perawatan dan formula juga telah dikaji secara ilmiah dan saintifik oleh Professor Emiritus Dr. Sir Norhisham Wahab agar selari dengan kehedak syariat. Mungkin ada beberapa teori dan penemuan bercanggah dengan apa yang perubatan moden (kebanyakan yang dipelopori Yahudi) jalani sekian lama tetapi setelah kita memahami peranan TULANG,OTAK, KELENJAR-KELENJAR, dan konsep GEMA dalam tubuh badan, insyaAllah baru kita akan sedar selama ini apa yang kita amalkan sebenarnya tidak selari dengan hukum tubuh badan itu sendiri. 

Amat menarik melihat dari perspektif perubatan alternatif walaupun pengajiannya tidak serumit dan setaraf  seorang doktor tetapi apabila kita faham dan mahir dalam mendiagnos, mengenali warna tubuh badan, serta warna diri insyaAllah kita mampu menjadi doktor untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Mudahnya apabila CVT juga telah menyediakan formula-formula (dalam bentuk sukros) dalam menyelesaikan permasalahan dalam tubuh badan kita.

Pihak CVT juga sedang bekerjasama dengan Allianze University College of Medical Science  untuk menyediakan pengajian CVT peringkat Diploma dan Ijazah. Dan ianya akan diteruskan ke peringakt PhD.  Difahamkan bahawa Universiti ini juga akan menyediakan hospital dengan kapasiti 500 katil dimana tumpuan hanya kepada Perubatan TCM (Traditional & Complementary Medical) sahaja. Satu perkembangan yang baik dan kita nantikan kewujudannya.

Jika anda memerlukan satu sesi diagnos dan perbincangan mengenai simptom genetik dan bagaimana mengatasinya melalui kaedah CVT boleh lah buat temujanji dengan sms 013 3666005 atau email azuan.mshariff@senamantua.org. InsyaAllah saya akan cuba ikhtiar sedaya upaya dalam menangani masalah anda. 

Thursday, March 8, 2012

Kaitan Air dan Garam dengan AIS

Air adalah ruang yang bergema dan amat baik untuk menjalankan terapi meningkatkan vital energi tubuh. Air adalah satu-satunya zat yang mampu berada dalam keadaan cecair,padat, mahuoun gas.Perubahan ini mampu mengubah sifat penyakit yang terbentuk menjadi energi yang perlu ditukar kepada bentuk semulajadi tubuh. Ais dapat menyerap gas berlebihan di dalam darah tubuh pesakit kerana gas akan terurai pada suhu kosong darjah celcius. Air dan Ais memiliki kemampuan unik untuk membentuk larutan sederhana bersama zat lain. Ais memiliki kepadatan yang jauh lebih rendah daripada air. Oleh itu, ais dapat mengeluarkan kembali kawasan radiasi yang berkepadatan tinggi.


Ais + Garam = Radiasi adalah cara bagaimana sebuah atom untuk membuang lebihan energi. Apabila kita terkena penyakit sebenarnya berlaku kepincangan akibat dari kemasukkan unsur energi luaran yang bersifat asid dan menguasai sifat tubuh tertentu dan menjadikan yang sakit bertambah stress dan sebagainya. Radiasi semulajadi yang paling besar yang telah dialami oleh seseorang itu dalam masa setahun berjumlah kira-kira 100 kali lebih besar daripada radiasi yang terjadi apabila terkena sinaran X semasa pemeriksaan dilakukan. Perjalanan radiasi boleh menyebabkan timbuk pelbagai penyakit dari yang kecil sehingga membawa maut.

Terapi ais adalah yang paling selamat kerana kebanyakan gelombang radio yang berfrekuensi asing dan diluar spektrum tidak dapat melewati air. Air adalah zat pengimbangan keperluan cecair dalam tubuh, menggunakan garam laut dalam terapi adalah kerana darah sama kentalnya dengan air laut. Menggunakan garam dapat membuang kalori lebih banyak di tubuh kerana sifat garam adalah pembakar lemak, kolestrol dan karbohidrat yang cekap dan efektif. Sesuai dijadikan terapi kelangsingan jika diamalkan secara berterusan.

Kalau sebelum ini ramai mengatakan ais tidak baik, fikirkan kembali...Ais mampu menguatkan gigi dan tulang. Amalkan mengigit ketulan ais untuk menguatkan gigi dan dan mandi ais pula untuk tulang anda! Minum air garam dengan ais yang dikacau lawan jam selepas bangun tidur sebelum anda mengosok gigi sebagai agen penstabilan dan pengimbangan bagi punca segala kelemahan dalam badan.

Kesihatan tulang hanya akan terjadi apabila suhu pada darah meningkat. Dengan menyejukkan suhu tulang menggunakan ais dapat mengatasi kesakitan seperti sengal-sengan, bisa,lenguh dan kebas. Setiap benda yang suhunya melebihi 45 darjah celcius, akan terasa sakit apabila bersentuh dengan kulit. Ais adalah medium yang palking baik untuk tujuan pertukaran,perpindahan dan peralihan tenaga (transfer energi), kerana penyakit adalah salah satu bentuk tenaga yang harus ditukarkan kepada keadaan asalnya. Cubalah sendiri dan rasailah sendiri. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya di saudagar1432h@gmail.com atau sms 013 3666005