Tuesday, March 6, 2012

Apakah WARNA anda?


Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan, ianya juga mempengaruhi karakter/peribadi seseorang. Selain warna, nombor dari tarikh lahir juga mampu mempengaruhi keperibadian seorang.

Pelbagai kaedah telah diperkenalkan oleh para-para motivasi terkenal dalam dan luar negara dalam menjelaskan teori ini. Saya tidak berminat untuk membuat perbandingan tetapi lebih untuk berkongsi sedikit pengetahuan dalam teori warna dan nombor yang telah perkenalkan oleh Prof Emeritus Sir Dr Norhisham Wahab.

Dalam hal ini juga saya tidak berminat hendak menceritakan mengenai karakter melalui warna dan nombor walaupun topik ini amat digemari ramai tetapi saya lebih menumpukan kepada penyakit dan simptom dan kaedah merawat. Inilah tujuan Rumah Sihat Santai - merawat punca penyakit bukan tempat sakitnya.

Sebagai contoh;

Nombor 1 adalah warna Merah, dan selalunya mereka yang bernombor 1 akan mempunyai masalah berkaitan dengan darah, seperti berlebihan/berkurangan hemaglobin/anemia, tekanan darah tidak normal/tinggi/rendah,kepekatan darah yang tidak normal, urat saraf betis membengkak, pendarahan dalaman, leukimia, sakit belikat/bahagian belakang, virus dalam darah / hepatitis B, pembekan darah (Hemufilia).

Selain dari darah Nombor 1 juga akan menghadapi masalah di usus besar yang mana akan menyebabkan sembelit,cirit-birit,usus sensitif,kekejangan,banyak gas dalam usus,pendarahan semasa buang air besar, buasir, sakit belakang kepala bahagian kanan, appendiks, cacing/muntah cacing/gatal didubur.

Dalam kaedah perawatan CVT (Color Vibration Therapy) formula yang perlu diambil adalah NW18 dan NW 19.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 013 3666005. Saya boleh memberi diagnos lengkap mengenai nombor diri anda serta simptom dan kaedah rawatan.

No comments:

Post a Comment